jom bina pahala dgn mendermakan barangan terpakai,tenaga dan wang dgn seikhlas hati buat anak2 yatim dr rumah amal limpahan kasih ini..jmp kami di booth pd 25-28 feb 2010 pd sesiapa yg berminat menyertai..mehla beramai2...
Kitalah Penyambung Warisan
Inilah Barisan Kita – barisan kepimpinan yang bakal mencorakkan pentadbiran dan perjalanan GPMS Unisel Shah Alam dalam meletakkan perjuangan pendidikan pelajar Melayu sebagai asas utama perjuangan GPMS Unisel Shah Alam.
Anak kecil main api Terbakar hatinya yang sepi Air mata darah bercampur keringat Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya-raya Tergadai seluruh harta benda Akibat sengketa sesamalah kita Cinta lenyap di arus zaman
Indahnya bumi kita ini Warisan berkurun lamanya Hasil mengalir ke tangan yang lain Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam Kan lenyap peristiwa semalam Tertutuplah hati terkunci mati Maruah peribadi dah hilang
Kini kita cuma tinggal kuasa Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti Pulih kembali harga diri
Kita sudah tiada masa Majulah dengan gagah perkasa Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara Melayu kan gagah di Nusantara Melayu kan gagah di Nusantara…
MUKADIMMAH GPMS
Kami, pelajar-pelajar Melayu yang dijemput ke Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948:
SEDAR : Atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di seluruh Semenanjung Tanah Melayu
SEDAR : Akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR : Atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa
SEDAR : Bahawa maju-mundur, kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu terletak di tangan kami
BERPENDAPAT, bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.
mutiara kata
Diriwayatakan oleh Abdullah Al-Asbahani dari Abu Nashr dari Abu Abdillah yang mengatakan bahawa dia pernah mendengar Imam As-Syafi'i berkata ;
" Kekayaan hanya boleh membuat orang-orang yang sebelumnya membisu menjadi banyak bicara. Hati mereka tak pernah melihat kelebihan orang lain, dan tidak tahu pula darjat kemuliaan sendiri"
No comments:
Post a Comment