Tuesday, December 1, 2009

HARAM SERTAI PROGRAM BTN

HARAM SERTAI PROGRAM BTN: Kerajaan Selangor Takut Bayang-Bayang Sendiri

Saya juga pernah menjadi pelajar dan pernah mengikuti kursus BTN. Sehingga hari ini saya masih berterima kasih kepada BTN kerana membantu membangunkan diri saya untuk menjadi warganegara yang baik. Bagi saya, mereka yang tidak berterima kasih bukanlah warganegara yang baik, sama tarafnya dengan Namawee yang sehingga kini masih mencemuh negara kelahirannya sendiri.

Saya tidak nampak di mana salahnya BTN dalam menjalankan fungsinya sebagai satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Mereka ini hanya nampak satu titik hitam di atas sehelai kertas putih. Modus operandi mereka sama sepertimana yang mereka lakukan untuk menghapuskan ISA.

Bagi mereka, apabila ISA sudah terhapus, bebaslah mereka untuk melakukan kejahatan terhadap negara. Begitu jugalah, apabila pelajar mula dihalang untuk mengikuti aktiviti BTN, maka mudahlah untuk mereka menyesatkan lagi pemikiran pelajar-pelajar pewaris negara ini dengan sejarah-sejarah negara yang diselewengkan.

Salah satu fungsi BTN juga adalah untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan. Adakah pelajar-pelajar di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS tidak berhak tahu mengenai dasar-dasar kerajaan ini sedangkan kebanyakan dari mereka juga merupakan peminjam PTPTN yang juga merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan Pusat.

Seharusnya mereka sebagai orang yang menyokong demokrasi membenarkan para pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain. Berikan kebebasan kepada pelajar. Jangan heret mereka ke kancah politik kotor yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pemikiran yang waras.

Pelajar adalah pewaris kepimpinan negara. Kerana kita sayangkan merekalah, maka mereka ini didedahkan dengan fakta. Bukan seperti mereka itu yang hanya mendedahkan perkara-perkara yang auta dan bersandiwara semata-mata.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebenarnya cuba memesongkan pemikiran rakyat disebalik isu dan keretakan kerajaan PR ini dengan menjadikan BTN sebagai `kambing hitam’ dalam menutup kelamahan-kelemahan mereka ini.

Hakikatnya, kursus dan program-program BTN bukanlah menyuruh atau mengarahkan peserta dan orang untuk menyokong mana-mana parti politik tertentu, tetapi program-program yang dianjurkan adalah untuk menyintai dan menghargai kemerdekaan tanah air (Negara).

Kalau kita sayangkan tanah air maka keamanan dan kemakmuranlah yang paling penting. Untuk mencapai keamanan perpaduan perlu diberikan keutamaan. Sekarang apa yang dapat dilihat, Pakatan Rakyat yang berusaha untuk memecah belahkan kaum dan rakyat, khususnya di Selangor.

Pakatan Rakyat sengaja menimbulkan isu perkauman untuk menagih simpati dan menutup pepecahan yang sedang berlaku pada mereka. PR takut pada BTN kerana takut rakyat akan sedar akan penipuan mereka selama ini.

Friday, November 13, 2009

Barisan AJK GMPS Unisel Shah Alam 2009/10

Seperti kata pepatah, patah tumbuh hilangkan berganti, GPMS Caw. Khas Unisel S.A sekali lagi telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Agung Tahunan bertempat di BK 13 bangunan satelit Unisel Shah Alam. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap GPMS Unisel S.A saudari Ashikin telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran sahabat2 seperjuangan dari GPMS Shah Alam. Adalah barisan kepimpinan GPMS Unisel Shah Alam kali ini dapat memartabatkan lagi pendidikan anak-anak melayu di Unisel khususnya dan di seluruh Selangor amnya.


NAMA

KURSUS

JAWATAN

WAN MOHD SHAFIQ BIN SAMAUN

I.S.M Industri Bioteknologi

Yang Dipertua

NIK FATHURAHMAN BIN NIK RASLI

I.S.M Industri Bioteknologi

Timbalan Yang Dipertua

SYED HISYAMMUDDIN BIN SYED ABDUL HAMID

I.S.M Industri

Bioteknologi

Naib Yang Dipertua 1

ZULHUSNI AIMI BIN JOHARI

I.S.M Industri Bioteknologi

Naib Yang Dipertua 2

EMA SUHANA BINTI ESMAIL

Diploma Komunikasi Massa

Naib Yang Dipertua Wanita

LIYANA BINTI MOHAMMED

I.S.M Industri Bioteknologi

Setiausaha

MASITOH BINTI MOHD DAUD

I.S.M Sains Kesihatan

Naib Setiausaha

SITI ROSANIZAH BINTI ROSLAN

I.S.M Komunikasi Massa

Bendahari

NURHIDAYU BINTI KAM RUDIN

I.S.M Seni Reka Grafik

Naib Bendahari

MOHD AL HASANI BIN ABU HUSAN

I.S.M Komunikasi Massa

Ketua Penerangan


p/s
: senarai barisan exco-exco akan beritahu kelak
: tahniah kepada Saudara Wan Mohd Syafiq yang telah dilantik sebagai exco GPMS Negeri Selangor

AKU MELAYU.....

Aku Melayu?
Mak aku kasi nama Ayu
Aku rasa malu
Aku tukar jadi Jen
Sebab, lebih glamour
Tak macam Ayu
nama Melayu, aku tak sebulu
Aku Melayu?
Cakap aku pakai; I-you, I-you
Saya-Awak, macam kampung gitu
Sori, not for me, I tak mahu
Kalau you hendak, up to you
Aku Melayu?
Makan dengan tangan gelilah...
I suka pakai sudu garpu
Dekat rumah bolehlah
Tapi kalau kat restoran, malu
Nanti semua orang tengok aku
Silap-silap diaorang kata,I ni, gelojoh you...
Aku Melayu?
Orang Melayu, mata cokelat gelap...
I suka mata biru
I pakai kontak lens
Sekarang mata I dah jadi biru
Otak I pun terikut, ada sikit blue
Kalau ada orang ajak,Anytime I mau
Aku Melayu?
Of course!, I'm a Melayu.
I masih makan belacan
Walaupun I prefer keju
I masih pakai kain sarong
Walaupun I prefer tak pakai baju
I masih sambut Hari Raya(But that's because I don't know what else to do!)
Sekali lagi,
I nak kasi you all tahu
I ni masih Melayu
Tapi bukan sebarang Melayu
Hehe... renung-renungkanlah...
Belajar Terus Belajar!

Wednesday, November 11, 2009

EXSPEDISI RAKAN ALAM GUNUNG LEDANG 2009

YURAN PERNYERTAAN : RM 70
TARIKH : 17-22 DIS 2009
BERTOLAK : 12.00 MLM
BOOTH UNTUK PENDAFTARAN AKAN DIBUKA PADA 12-22 NORV 2009
AHLI JAWATAN KUASA PROGRAM
Pengarah program : Awe
Timbalan program : Matahari
S/U : Yana
Bendahari : A.P

Friday, July 3, 2009

Kem Asas Peneraju Warisan (KPW 1)


Setelah beberapa kali tertangguh penganjurannya, akhirnya KPW 1 yang telah di adakan di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang pada 26-28 Jun 2009 telah berjaya mencipta satu lagi episod sejarah dalam penubuhan GPMS Caw. Khas Unisel Shah Alam. Para Peserta yang rata-ratanya siswa siswi baru Unisel Shah Alam dalam komen-komen mereka melahirkan rasa gembira dan mahu agar program seperti ini dijalankan secara program tahunan dan berterusan.

Belajar terus belajar!


Jutaan terima kasih kepada Sdr. Amer dan geng2 GPMS Shah Alam di atas kesudian meluangkan masa berkongsi ilmu sepanjang program diadakan. Tidak dilupakan juga, 'otai' GPMS, Angah yang banyak mendidik dan memberikan tunjuk ajar beliau.


p/s:sedikit menyedihkan apabila terdapat Ahli Jawatankuasa yang dilantik tidak dapat menghadiri program ini tanpa sebab yang kukuh.


Monday, June 29, 2009

Biasiswa nasional: GPMS SOKONG DENGAN SISTEM MERIT YANG LEBIH MENYELURUH

GPMS menyambut baik saranan dan komitmen kerajaan untuk mewujudkan skim ‘Biasiswa Nasional’ untuk kalangan pelajar yang terbaik, tanpa mengira kaum bermula pada tahun hadapan. Pembentukan skim biasiswa baru ini diharapkan benar-benar dapat memberikan ruang yang lebih luas buat kelompok pelajar mencatatkan prestasi yang terbaik bagi mendapatkan biasiswa kerajaan.

Presiden GPMS, Dato' Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS ingin mengusulkan agar kaedah ‘merit’ yang bakal dilaksanakan dalam penganugerahan ‘Biasiswa Nasional’ adalah bersifat lebih holistik dan menyeluruh.

Ini adalah berdasarkan niat untuk memastikan pendemokrasian akses kepada peluang berkualiti dapat benar-benar diterima dan dihargai oleh seluruh masyarakat. Kaedah mengukur kecemerlangan mesti dinilai bukan sahaja berdasarkan ‘kemampuan akademik’, tetapi merangkumi elemen-elemen lain yang turut dinilai sama.

Bagi memastikan ‘Biasiswa Nasional’ mempunyai prestij dan dihargai, GPMS mengusulkan agar sistem pemberat (weightage system) yang digunakan dalam penganugerahan biasiswa diberikan pertimbangan yang sebaiknya. Antara yang mahu diusulkan GPMS adalah:-

1. Kecemerlangan Akademik (kekal menjadi asas utama kepada penganugerahan biasiswa);

2. Penglibatan ko-kurikulum yang lebih aktif.

Dengan wujudnya jumlah subjek yang terhad di peringkat SPM, kelompok pelajar sewajarnya lebih aktif dalam ko-kurikulum, akademik dan bukan akademik.

Meletakkan peratusan pemberat yang lebih tinggi kepada kegiatan kokurikulum dirasakan penting bagi memberikan ruang kepada pembinaan sahsiah dan kemampuan yang lebih terserlah di kalangan generasi muda. Kita mahu mewujudkan kalangan yang lebih patriotik, sekaligus mempunyai ‘cita bangsa’ yang lebih mendalam.

3. Status sosioekonomi (wajar diberikan pertimbangan yang lebih menyeluruh).

Sebagai mewakili pertubuhan berkepentingan pelajar Melayu, GPMS mahu menyampaikan harapan dan hasrat masyarakat di bawah dengan sistem yang lebih ‘mesra’ dengan kedudukan sebenar mereka. ‘Kualiti’ pencapaian 10A1 seorang pelajar di Kuala Lumpur misalnya – pastinya tidak sama dengan ‘kualiti’ seorang pelajar yang sama pencapaiannya di Tanah Tinggi Bario (Sarawak) mahupun di kawasan seperti di Kinabatangan di Sabah. Biasiswa Nasional mesti reflektif kepada asas-asas yang demikian sifatnya.

GPMS tidak mahu ‘Biasiswa Nasional’ sekadar menjadi skim biasiswa biasa. Justeru, ianya mesti dipastikan untuk mengambil kira kaedah ‘merit’ yang lebih menyeluruh. Kelompok penerima ‘Biasiswa Nasional’ mestilah juga dipastikan mereka yang mempunyai cita dan ‘semangat patriotisme’ yang tinggi. Ini bagi memastikan mereka tidak menganggap biasiswa sebagai hak eksklusif, tetapi lebih sebagai amanah untuk membawa kecemerlangan jangka panjang kepada Negara.

Biasiswa Nasional – adalah komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh kerajaan dalam merealisasikan hasrat ‘1 Malaysia’. Hasrat ini mesti dirasai, samada kepada kelompok pelajar di Bandar mahupun luar Bandar.

sumber :www.sahabat-gunung.com

Tuesday, June 23, 2009

Unisel tumpuan tokoh akademik sains Islam sedunia

SHAH ALAM: Universiti Industri Selangor (Unisel) yang meraikan ulang tahun ke-10 hari ini melangkah gagah ke arena akademik antarabangsa apabila terpilih sebagai penganjur dan tuan rumah Persidangan Perhimpunan Agong Sains Akademi Sains Dunia Islam (IAS) Tahunan 2009 pada 14 hingga 17 Disember ini di Shah Alam, Selangor.

Naib Canselor Unisel, Datuk Dr Rosti Saruwono berkata, pemilihan Unisel adalah satu pengiktirafan kepada universiti sekali gus mengangkat martabat universiti di peringkat antarabangsa melalui pembangunan program akademik dan pembangunan insan.

Beliau berkata, seminar antarabangsa tahunan itu bakal mengumpulkan lebih 300 tokoh akademik sains Islam semasa bagi membincangkan pencapaian sains dan bioteknologi Islam.

Ia persidangan yang ke-17 diadakan dan pada tahun lalu persidangan IAS diadakan di Kazan, Tatarstan.

“Unisel selaku tuan rumah bersama Akademi Sains Hayat dan Bioteknologi Islam Antarabangsa (IIALSB) amat berbangga dengan penghargaan dan kepercayaan yang diberikan oleh IAS beribu pejabat di Jordan.

“Persidangan ini memberi peluang kepada semua saintis Unisel dan saintis Islam di negara ini mendekati tokoh sains Islam antarabangsa yang terkenal dan mendapat pendedahan dengan lebih menyeluruh perkembangan sains dalam dunia Islam,” katanya ketika ditemui.

Katanya, persidangan empat hari itu memberi tumpuan kepada keselamatan makanan, polisi S&T, teknologi terbaru, pemindahan teknologi, sumber manusia S&T, kesihatan dan nutrisi; pendidikan sains, bioteknologi, tenaga, alam sekitar dan pembangunan, sumber air, teknologi maklumat, nano teknologi dan sumber asli.

Selain Unisel, empat lagi universiti tempatan yang turut mengambil bahagian dalam pameran saintifik pada persidangan yang sama ialah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang semuanya di Selangor dan membentuk Rangkaian Kecemerlangan Pusat Bioteknologi Selangor (BioCENet Sel), Akademi Islam Antarabangsa Sains Hayat dan Bioteknologi (IIALSB).

Persidangan ini menjadi sebahagian daripada agenda antarabangsa IIALSB dalam usaha menjadi Malaysia sebagai hab sains hayat dan bioteknologi Islam sedunia.

Beliau berkata, persidangan ini dijangka mampu meningkatkan keprihatinan dan pengetahuan masyarakat dan wanita Islam di negara Pertubuhan Persidangan Dunia Islam (OIC), mengenal pasti masalah penyelidikan dan pembangunan (R&D) di kalangan negara OIC, menjalin hubungan erat dengan sektor sains swasta serta media; serta meningkatkan jumlah penyertaan remaja dari negara OIC dalam bidang sains teknologi dan inovasi (STI).


sumber: Berita Harian, 23Jun2009

Saturday, June 20, 2009

Layu

Hayati tiap bait dan lirik dari video klip ini..moga ia memberi 1001 kesedaran


Wednesday, June 17, 2009

KEM ASAS PENERAJU WARISAN 1

GPMS Cawangan Khas Unisel Shah Alam akan menganjurkan Kem Asas Peneraju Warisan 1 seperti maklumat berikut:

Program: Kem Asas Peneraju Warisan 1
Tarikh : 26 hingga 28 Jun 2009
Tempat : Dusun Eco Resort, Bentong, Pahang

Pelbagai pengisian yang menarik dan aktiviti-aktiviti 'outdoor' yang menggemparkan menanti anda. Maklumat lanjut, sila kunjungi booth kami di cafe Unisel Shah Alam bermula jam 9.00 pagi sehingga 5 petang (isnin-jumaat). Penyertaan terhad kepada 40 orang pelajar Unisel Shah Alam sahaja.