Wednesday, June 25, 2008

Himpunan Permuafakatan Mahasiswa Melayu

Perhatian kepada ahli-ahli GPMS Unisel Shah Alam. Adalah di maklumkan bahawa Himpunan Permuafakatan Mahasiswa Melayu pada 01- 03 Ogos 2008 bertempat di Kem Bina Negara, Ulu Sepri. Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila hubungi sdra Syed Hisyammudin, Exco Anti Dadah dan Gejala Sosial di talian 0126089773

Tuesday, June 24, 2008

Selamat Menghadapi Peperiksaan akhir

Oleh : EXCO PENERANGAN

Kepada semua MT,exco-exco dan ahli-ahli Persatuan GPMS Caw. Khas Unisel Shah Alam,semoga berjaya didalam peperiksaan akhir semester May 2008. Doa dan harapan agar kalian diberi ketenangan dalam menjawab soalan dan beroleh kejayaan yang gemilang

Persediaan menghadapi peperiksaan
1. Berpakaian Kemas
2.Kad matrik & IC
3.Slip Peperiksaan
4.Alat tulis dan alat bantu kira-kira (kalkulator)
5.Sebarang "toyol-toyol" adalah dilarang sama sekali dibawa ke dalam dewan
6.Niat dan doa sebelum menjawab soalan
7.Mulakan menjawab dengan selawat dan Bismillah
8.Jawab sehingga selesai dan bertawakkal

Monday, June 23, 2008

Kembalikan asas perjuangan


KUALA LUMPUR 22 Jun - Orang Melayu diingatkan supaya kembali kepada asas perjuangan yang berlandaskan agama, bangsa dan tanah air.

Setiausaha Satu Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, jika pegangan itu dilupakan, orang Melayu akan mudah jatuh dan lemah di negara sendiri.

''Kelemahan yang ditunjukkan ini secara tidak langsung akan memberi ruang kepada sesiapa sahaja dari dalam atau luar negara untuk mempersenda dan mempergunakan kita,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam, yang tidak mahu melihat bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

Zainal Abidin berkata, kebanyakan perjuangan orang Melayu sekarang lebih bersifat peribadi dan mementingkan diri sendiri didorong oleh kepercayaan politik yang berbeza.

Katanya, ramai orang Melayu belum mempunyai kematangan berfikir dalam politik dan perjuangan menyebabkan mereka lebih mementingkan ketaksuban kepada pemimpin dan bukannya untuk membela nasib bangsa.

''Saya tidak menafikan memang perlu mempunyai perbezaan ideologi politik tapi itu hanyalah untuk tempoh dua minggu ketika kempen pilihan raya sahaja dan selepas tempoh itu, kita perlulah rapatkan semula barisan,'' jelasnya.

Mengulas lanjut, Zainal Abidin mengalu-alukan titah Raja Nazrin itu dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya.

Katanya, orang Melayu sekarang tidak mempunyai kesedaran untuk bersatu kerana tidak pernah menempuh detik-detik perpecahan suatu masa dahulu.

Menurut beliau, pemimpin-pemimpin Melayu juga perlu berfikir dan bertindak sebagai ketua yang baik agar dapat menjadi contoh kepada generasi muda.

Friday, June 20, 2008

Unisel Bakal Terima 30 Orang Pelajar Orang Asli

Shah Alam – Seramai 30 orang pelajar Orang Asli akan menghadiri seminar peluang melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNISEL) sempena Hari Terbuka Unisel 2008 di cawangan universiti itu di seksyen 7, di sini selama 2 hari bermula sabtu ini.

Lebih menarik, pendaftaran pelajar juga akan terus dijalankan bagi pengambilan Julai ini termasuk calon pelajar Orang Asli yang berminat menyambung pengajian di Unisel.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Razali Agus berkata, usaha itu dijalankan bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi tujuan tersebut. “Sebagai Naib Canselor, saya berpendapat pelajar Orang Asli tidak sepatutnya dipinggirkan dalam agenda pendidikan perdana di Selangor”, katanya dalam satu kenyataan semalam

Petikan KOSMO! Jumaat 20 Jun 2008

Tuesday, June 17, 2008

Kitalah Penyambung Warisan .....

Rakan EXCO GPMS Unisel Shah Alam – barisan kepimpinan yang bakal mencorakkan pentadbiran dan perjalanan GPMS Unisel Shah Alam dalam meletakkan perjuangan pendidikan pelajar Melayu sebagai asas utama perjuangan GPMS Unisel Shah Alam.


Peserta KOP GPMS Unisel Shah Alam bergambar bersama barisan fasilitator.

Monday, June 16, 2008

KURSUS ORGANISASI PENTADBIRAN (KOP) GPMS UNISEL SHAH ALAM






Pada 3-5 Jun 2008, pihak sekretariat GPMS Unisel Shah Alam dengan kerjasama Biro Anti-Dadah dan Gejala Sosial GPMS dan GPMS Cawangan Shah Alam telah mengadakan program Kursus Organisasi Pentadbiran (KOP) di Kompleks Rakan Muda Daerah petaling di Puchong baru-baru ini.

Objektif program ini ialah untuk:­

1. Membentuk barisan Exco GPMS Unisel Shah Alam yang benar-benar berkualiti dari segi kepimpinan dan semangat. Ia juga untuk mewujudkan sikap saling bekerjasama, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kewajipan yang diamanahkan.

2. Menyatukan-padukan serta mengenali dengan lebih rapat antara rakan Exco dan barisan fasilitator dari GPMS Shah Alam dan senior-senior yang terlebih dahulu berjuang dalam GPMS selain memberikan peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pemikiran selain berbincang untuk memperkasakan GPMS Unisel Shah Alam dari aspek program yang bakal dijalankan dan pelajaran yang menjadi perjuangan kami.

3. Melahirkan pelajar Melayu yang peka, sensitif, inovatif, kreatif dan berani serta tahan lasak dari segi mental dan fizikal.

4. Menyediakan barisan pemimpin pelapis yang mempunyai daya kepimpinan berkualiti serta 'komited' terhadap perjuangan GPMS sama di peringkat cawangan, bahagian ataupun peringkat nasional. Ini kerana kamilah yang bakal menerajui dan mencorakkan kepimpinan negara di masa hadapan.

Saturday, June 14, 2008

Pameran GPMS Unisel Shah Alam

Pada 3-5 Jun 2008, pihak sekretariat GPMS Unisel Shah Alam telah mengadakan Pameran GPMS di Ruang Legar Unisel.

Antara tujuan program ialah untuk memperkenal dan memberikan serba sedikit penerangan mengenai hala tuju GPMS khususnya dengan kewujudan GPMS di Unisel Shah Alam selain mencari ahli untuk GPMS Unisel Shah Alam.

Hasil dari program ini, pihak GPMS Unisel Shah Alam menerima permohonan sebanyak 129 ahli baru untuk menyertai dan bersama perjuangan GPMS Unisel Shah Alam.

Insya-Allah, pihak kami akan merangka seberapa banyak program untuk ahli-ahli, selaras dengan perjuangan 4 SEDAR yang diperjuangan GPMS selama ini.

SEDARlah bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung WAJIBlah diwujudkan di Unisel Shah Alam dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu khususnya ahli-ahli kita di UNISEL Shah Alam.


Sehubungan dengan itu, kami berharap agar ahli-ahli baru dapat sentiasa mengunjungi blog ini untuk mengemas-kini aktiviti dan program yang bakal kami jalankan dalam masa terdekat.

Friday, June 13, 2008

MAJLIS SUAI KENAL GPMS UNISEL SHAH ALAM

GPMS Unisel Shah Alam telah mengadakan majlis suai kenal dan majlis penerangan mengenai hala tuju dan peranan GPMS kepada ahli-ahli baru GPMS Unisel Shah Alam baru-baru ini.

Pengerusi Penaja GPMS Unisel Shah Alam, Wan Shafiq berkata, ia bertujuan untuk membuka peluang kepada ahli-ahli baru GPMS Unisel untuk mengenali GPMS dan menyelami arah tuju perjuangan GPMS terhadap kepentingan pelajar Melayu khususnya pelajar Melayu di Unisel Shah Alam.

MT GPMS, Mohd Faizal Mohd Salleh bersama rakan-rakan seperjuangan dari GPMS Shah Alam turut sama memeriahkan majlis yang dihadiri kira-kira 50 orang ahli baru GPMS Shah Alam.

Semoga dengan permulaan baik ini, GPMS Unisel Shah Alam dapat mengorak langkah yang baik dalam memperjuangkan kedudukan pelajar-pelajar Melayu di Unisel, serta berkongsi arah perjuangan bersama GPMS Shah Alam untuk bersama-sama memperjuangkan pelajar Melayu di Shah Alam dan Selangor khususnya.

Tuesday, June 3, 2008

UNISEL PATUT TINGKAT KHIDMAT INTERNET


Sumber: SURAT PEMBACA BERITA HARIAN (3 Jun 2008)

Sebagai pelajar di Universiti Industri Selangor (UNISEL) di Batang Berjuntai, Selangor, saya ingin meminta pihak pengurusan universiti memastikan komunikasi tanpa wayar di asrama engineman pelajar disediakan dengan mockup untuk kemudahan mereka.

Walaupun Unisel menyediakan kemudahan itu, perkhidmatannya sering tergendala dan menyukarkan pelajar untuk mengakses internet.

Sehubungan dengan itu, saya berharap pengurusan Unisel mengambil tindakan yang sewajarnya bagi meningkatkan perkhidmatan itu memandangkan ia satu keperluan utama.

MAHASISWI KECEWA
Dungun, Terengganu