Monday, December 1, 2008

MEREMAJAKAN GPMS


Oleh: Sahabat-Gunung

Haruskah GPMS menerima Akta Belia? Mungkin ia satu persoalan yang bermain di fikiran segenap ahli-ahlinya, begitu juga dengan aku. Bagaimana dengan senior-senior yang dah lama bersama GPMS, mereka-mereka yang sudah cukup sebati dengan perjuangan GPMS, mampukah mereka untuk `keluar mengasingkan diri’ dari wadah perjuangan suci ini. Mampukan mereka?

Inilah yang aku utarakan dalam MAT GPMS Selangor baru-baru ini. Hakikatnya, memang Akta Belia ini dirangka demi memastikan kesinambungan perjuangan anak-anak muda dalam gerakan belia di Malaysia, namun pada pandangan peribadi aku, masih ada ruang untuk mereka-mereka yang `tua’ ini turut diberikan ruang bagi membantu yang muda.

Ini aku anggap sebagai ’peremajaan GPMS’, sebab GPMS sudah mula jauh di hati anak-anak muda Melayu khususnya pelajar Melayu. Mengapa? Adakah ini salah MT GPMS atau GPMS cawangan tak buat kerja... jangan cari salah siapa, tapi kaji apa yang kita buat demi menarik belia ke dalam GPMS.

Adakah dengan program-program Seminar, sebagaimana yang aku buat di Himpunan Pelajar Melayu Merdeka pada 14 Ogos 2008 di Intekma baru-baru ini, dapat menarik minat mereka. Aku tahu dan yakin, ia tidak mampu menarik minat, namun satu pendekatan lain harus digunakan bagi tujuan tersebut.

Dalam masa yang sama, aku turut mencadangkan agar diwujudkan Koperasi GPMS Selangor. Mungkin ia dapat membantu ahli-ahli selain mencari dana untuk kegiatan-kegiatan GPMS Selangor, selain menyediakan ruang dan peluang kepada ahlinya, untuk bergiat secara aktif dalam bidang perniagaan. Selain itu, perlu diwujudkan Majlis Veteran untuk ahli-ahli GPMS yang `tua @ veteran' agar perjuangan mereka terus kukuh bersama GPMS.

Dalam masa yang sama, hubungan sesama ahli GPMS di negeri Selangor harus diberikan perhatian, perlu diperbanyakkan program anjuran bersama GPMS cawangan-cawangan serta menjalin hubungan yang lebih erat bersama Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor (KPPMS), memandangkan mereka juga badan gabungan kepada GPMS.

Ini semua tidak boleh dijadikan impian, sekiranya kita di peringkat Selangor tidak benar-benar jujur dan komited untuk merealisasikannya. Sehubungan dengan itu, kerjasama semua pihak perlu seiring dengan impian, Insya-Allah GPMS akan kembali perkasa dan menjadi wadah perjuangan ’membebaskan’ pelajar-pelajar Melayu dari belenggu masalah.

Kepada tuhan ku mohon doa agar perjuangan GPMS diberkati dan dirahmati olehNya. `Belajar Terus Belajar’

Thursday, October 23, 2008

GPMS SOKONG KONTRAK SOSIAL JADI MODUL PEMBELAJARAN

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) ingin menyatakan sokongan penuh dan bersetuju dengan cadangan agar perkara Kontrak Sosial dijadikan sebagai sebahagian daripada modul pembelajaran di institusi pendidikan. Titah Duli Sultan Perak berkenaan perkara disebut wajar diangkat sebagai sebuah cadangan yang wajar dilaksanakan segera.

Presiden GPMS, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, GPMS ingin menyatakan pendirian bahawa 'apresiasi dan gerak rasa sejarah' (sense of history) ini adalah amat penting bagi sebuah bangsa yang berjaya. Sejarah tidak boleh dirubah-rubah mengikut kehendak dan kemahuan sendiri. Lebih malang lagi - sekiranya fakta sejarah diangkat secara songsang untuk mencapai maksud yang sempit dan kecil. Apa yang berlaku kebelakangan ini, wajar memberikan kita iktibar bahawa wujud segelintir individu yang sanggup 'menyongsangkan' sejarah untuk mencapai kepentingan peribadi yang cukup dangkal.

Saranan Duli Tuanku, wajar dilihat secara bersama dengan beberapa cadangan lain yang dikemukakan mutakhir ini - termasuk langkah mengadakan subjek Sejarah di peringkat yang paling asas. GPMS sememangnya bersetuju dan mengharapkan agar usaha dilaksanakan segera untuk memastikan modul pembelajaran sejarah dapat direalisasikan segera di peringkat yang awal. Ianya juga bersesuaian dengan ingatan tegas Majlis Raja-Raja tentang keperluan isu 'kontrak sosial' ini diterima dan dihargai oleh semua pihak.

GPMS cukup yakin - usaha pemantapan modul sejarah dan apresiasinya yang holistik akan mampu melahirkan generasi muda yang lebih bertanggungjawab dan 'sedar' dengan realiti yang ada. Kita tidak mahu melahirkan kalangan generasi muda yang tidak mempunyai langsung asas apresiasi kepada sejarah Bangsa.

Tamadun dan bangsa hebat dunia; adalah kalangan tamadun dan bangsa yang tidak pernah terkeliru dan dikelirukan oleh 'sejarah'. Fakta dan asas sejarah tidak boleh dijadikan isu yang boleh dirubah-rubah mengikut suasana politik dan sebagainya. Bangsa Malaysia perlu cepat belajar untuk menerima hakikat sejarah dan tidak cuba untuk menghuraikannya tanpa ada rasa kebertanggungjawaban.

Pelaksanaan segera kepada penyediaan modul sejarah ini akan memberikan impak yang baik. Kita tidak mahu wujud aliran apresiasi sejarah yang berbeza-beza hanya kerana untuk melampiaskan niat politik sesetengah pihak. Apa yang benar dan hakikat - mesti diterima sebagai asas kepada sejarah bangsa. Cubaan untuk merubah sejarah, dalam apa jua perspektif sekalipun; adalah suatu cubaan yang tidak bertanggungjawab.

Tuesday, October 21, 2008

GMPS Gesa Kekalkan ISA, UiTM

SHAH ALAM - Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor semalam mengemukakan pendirian bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) harus mengekalkan keadaan sekarang tanpa membuka kuota kepada pelajar bukan Bumiputera.

Pengerusi GPMS, Mohamad Mustafa Latif mewakili seluruh ahli GPMS negeri ini menegaskan bahawa bangsa Melayu perlu mempertahankan keistimewaan yang dianugerahkan ini sampai bila-bila.

“Kita tidak mahu UiTM diberikan kepada bangsa lain kerana itulah satu-satunya harta yang kita ada dan kita seharusnya mempertahankan hak itu.

“Dari segi persaingan pula, saya percaya anak Melayu ramai yang bijak pandai dan mereka boleh bersaing secara sihat di kalangan mereka untuk memantapkan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Mesyuarat Agung Tahunan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor 2008 bertempat di Universiti Industri Selangor (Unisel), di sini.

Beliau yang mempengerusikan mesyuarat berkenaan berkata UiTM merupakan benteng terakhir orang Melayu bagi memperkukuhkan kedudukan agar tidak tercicir terutamanya dalam sistem pendidikan negara.

Sementara itu, beliau berkata GPMS Selangor turut mahu Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) dikekalkan kerana akta berkenaan mapu menjamin keselamatan negara ini daripada anasir-anasir yang berniat jahat sehingga boleh mengganggu gugat keharmonian serta hubungan antara kaum.

“ISA adalah benteng terakhir yang boleh menyelamatkan negara kita. Saya mohon kepada pihak yang mahu ISA dihapuskan agar berfikir semula kerana sekiranya tiada akta tersebut di negara kita, bagaimana pihak kerajaan mahu menangani kes-kes seperti rusuhan kaum, tunjuk perasaan dan sebagainya,” katanya.

Beliau yang juga Yang Dipertua GPMS Gombak mengingatkan kembali bahawa selama ini ISA telah menyelamatkan negara dari anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara.

“Kami amat berharap agar akta ISA teruskan dikekalkan kecuali beberapa elemen kecil yang perlu diperhalus supaya lebih telus dan adil,” katanya.

Bagi menunjukkan sokongan berkenaan, ahli-ahli GMPS Selangor menurunkan tanda tangan pada sebuah buku khas dan kain rentang yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar.

Dalam perkembangan yang sama, beliau meminta agar GMPS yang akan diserapkan di bawah Akta Belia dikaji semula kerana akan memberi kesan jika peralihan secara drastik dilaksanakan tahun hadapan.

“Sebelum penguatkuasaan, ahli yang berusia lebih 40 tahun boleh meneruskan tugasan seperti biasa, tetapi selepas itu mereka hanya boleh menjadi ahli biasa tidak boleh mengundi dan diundi. Malah jawatan hanya boleh disandang ahli yang berusia 40 tahun ke bawah.

“Ia bertujuan untuk memberi peluang kepada generasi baru untuk memegang jawatan di dalam persatuan dan melatih mereka untuk meneruskan kepimpinan yang sedia ada hari ini,” ujarnya.

Tambahnya, setiap cawangan perlulah agresif dan proaktif bagi memenuhi cita rasa dan inspirasi generasi muda hari ini dalam membentuk belia ke arah yang lebih positif.

Sambutan Aidilfitri GPMS Unisel S.A

berlangsung pd 18 oct 08 bertempat di bilik rekreasi Unisel Shah Alam telah berlangsung sambutan Aidilfitri GPMS Unisel Shah Alam. Majlis yang julung-julung kali diadakan ini bertujuan merapatkan hubungan silaturahim di antara ahli-ahli GPMS Unisel Shah Alam dengan GPMS seluruh negeri Selangor. Majlis telah dimulakan dengan mesyuarat tahunan GPMS Negeri Selangor yang telah dipengerusikan oleh Pengerusi GPMS Selangor, En. Mustapa Latiff dan turut dimeriahkan dengan kehadiran En. Mohd Faizal selaku Exco GPMS Pusat.


Ahli MT GPMS Unisel Shah Alam


bibi ditemubual oleh wartawan sinar harian


En. Mohd Faizal, Exco GPMS Pusat




ucaptama dari En. Mustapa






Presiden GPMS Unisel Shah Alam



Friday, October 17, 2008

Ujian Sejarah dalam UPSR 2013

KUALA LUMPUR: Mata pelajaran Sejarah akan dimasukkan dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada 2013 apabila subjek itu diajar secara khusus kepada murid Tahun 3 pada 2010.

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, berkata perkara itu sedang dikaji dalam Transformasi Kurikulum Sekolah Rendah, yang dijangka beroperasi dua tahun lagi.

"Kita ambil kira saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mahukan subjek Sejarah diwajibkan pada peringkat sekolah rendah. Kita bercadang menjadikan mata pelajaran ini diajar secara khusus bermula Tahun 3 sehingga Tingkatan 5.

"Sukatan pelajarannya akan ditentukan selepas perbincangan mendalam dilaksanakan membabitkan semua pihak dan mereka yang berminat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, unsur sejarah pula akan diterapkan melalui Bidang Kemanusiaan dan Bidang Bahasa bagi murid Tahun 1 dan 2.

Razali berkata, ketika ini, kandungan Sejarah pada peringkat sekolah rendah terkandung dalam mata pelajaran Kajian Tempatan.

"Unsur Sejarah diberikan pendedahan kepada murid sekolah bertujuan melahirkan murid yang berpengetahuan mengenai hubungan mereka dengan masyarakat, memahami dan menghargai sejarah negara.

"Kandungan yang berkaitan dengan komponen Sejarah ialah menekankan mengenai tema berkaitan Mengenal Negara Kita dan Sejarahnya serta Ekonomi dan Kejayaan Negara," katanya.

BH-17/10/2008


GPMS Unisel Shah Alam menyokong sepenuhnya hasrat ini dalam memastikan generasi akan datang dibekalkan dengan pengetahuan tentang fakta sejarah yang sebenar. Dalam keadaan intergriti antara kaum semakin lemah, seharusnya setiap lapisan masyarakat perlu kembali kepada asas sejarah dalam mengelakkan perselisihan faham yang akhirnya membawa kepada kemusnahan negara.

Kontrak sosial tidak wajar dipertikai

  • RAJA-RAJA Melayu mempunyai peranan Perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia.

  • Tindakan pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara itu yang menjadi asas utama pembentukan negara Malaysia dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan menimbulkan kegusaran dan keresahan rakyat.

  • Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin Melayu, sama ada yang berada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan serta menganjurkan forum berkenaan.

  • Antara sebab dikenal pasti berlaku perkara ini ialah kedangkalan pengetahuan pihak berkenaan terhadap latar belakang sejarah, mengapa peruntukan itu dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan pengaruh prinsip kesaksamaan dan keadilan yang cuba diimplikasikan di negara ini tanpa berjunjungkan latar belakang sejarah dan keadaan sosial negara ini. Kepentingan politik sempit juga penyebab berlaku perkara ini.

  • Gejala ini, jika tidak ditangani boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan kaum yang boleh menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.
  • Justeru, adalah perlu Majlis Raja-Raja menegaskan dan memperingatkan semua pihak mengenai peruntukan Perlembagaan di samping memberi penekanan jaminan perlindungan hak sah kaum lain.

  • Perlu ditegaskan, setiap peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan sudah melalui proses perbincangan pertimbangan, konsultansi, pengorbanan dan sifat tolak ansur yang sangat tinggi nilainya bagi apa yang diperjuang, diperbincang, dipertimbang dan dimanfaatkan serta dipersetujui semua pihak terbabit, sehingga wujud peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang dikenali sebagai kontrak sosial.

    l Kontrak sosial ini tidak wajar dipertikai dan dipersoalkan, lebih-lebih lagi disemak semula atau diubah kerana ia asas utama pembentukan Malaysia. Untuk itu Raja-Raja Melayu memperingatkan supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

  • Sesungguhnya, angkatan pemimpin pada era prakemerdekaan berfikiran dalam dan berpandangan jauh. Raja-Raja Melayu dibawa bersama ketika rundingan menuntut kemerdekaan. Institusi raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka.
  • Institusi raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlaku kesaksamaan di kalangan warga. Institusi raja berperanan sebagai faktor penyemak dan pengimbang, untuk merungkai sebarang kekusutan, sekiranya berlaku.

  • Majlis Raja-raja juga meminta orang Melayu supaya bersatu-padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

  • Penekanan perlu dibuat bahawa agenda itu lebih penting dan utama daripada kepentingan politik atau kelompok.

  • Kaum bukan Melayu tidak perlu khuatir dan bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan yang terkandung dalam Undang-Undang Tubuh Negeri-negeri di Malaysia yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

  • Diharapkan, dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara.

  • BH-17/10/2008

    Rumah Terbuka Aidilfitri GPMS Unisel Shah Alam

    GPMS Unisel Shah Alam akan menganjurkan rumah terbuka aidilfitri seperti maklumat berikut

    Tarikh : 19 Oktober 2008
    Tempat : Bilik Rekreasi Unisel Shah Alam
    Masa : 10.00 pagi

    sebarang perubahan maklumat akan diberitahu kelak..

    Majlis Raja-Raja bersuara lindung hak Islam, Melayu

    KUALA TERENGGANU: Majlis Raja-Raja mengingatkan mana-mana pihak supaya tidak lagi mempertikai dan mempersoalkan kontrak sosial, apa lagi menyemak semula atau mengubahnya kerana ia menjadi asas utama pembentukan negara ini.

    Dalam kenyataan khas selepas mesyuarat ke-215 di Istana Maziah di sini semalam, Majlis Raja-Raja menegaskan, kaum bukan Melayu tidak perlu bimbang mengenai hak sah mereka kerana ia dijamin mengikut Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan.

    "Adalah diharapkan dengan penegasan itu, segala kekeliruan berhubung perkara ini di kalangan rakyat dapat dibendung dan suatu suasana yang harmoni, aman dan sikap saling hormat menghormati di kalangan rakyat dapat terus diwujudkan demi menjaga ketenteraman negara," kata kenyataan itu.

    Kenyataan khas Majlis Raja-Raja itu disampaikan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah dan dikeluarkan oleh Bernama.

    Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin berangkat menghadiri mesyuarat itu dengan diiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Mesyuarat dua hari yang berakhir semalam, dipengerusikan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

    Engku Ibrahim menjelaskan, Raja-Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja Melayu, agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan serta kepentingan sah kaum lain di negara ini.

    "Tindakan pihak tertentu mempertikai dan mempersoalkan perkara itu yang menjadi asas utama pembentukan negara dan termasuk dalam Perlembagaan Persekutuan, telah menimbulkan kegusaran dan keresahan di kalangan rakyat.

    "Sebagai tindak balas, beberapa pihak terutama pemimpin Melayu, sama ada dalam kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan dan orang perseorangan, telah menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah terhadap pihak yang membuat kenyataan dan laporan dan menganjurkan forum-forum berkenaan," katanya.

    Beliau berkata, gejala itu jika tidak ditangani segera boleh menyebabkan negara terjebak dalam kancah perpecahan dan persengketaan antara kaum hingga menjejaskan keharmonian dan keamanan yang selama ini telah membawa kemajuan, pembangunan dan kejayaan kepada negara.

    "Untuk itu, Raja-Raja Melayu wajar mengingatkan supaya isu berkaitan kontrak sosial tidak sekali-kali cuba diuji dan dicabar.

    "Majlis Raja-Raja juga membuat seruan kepada orang Melayu supaya bersatu padu untuk mempertahankan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-Raja Melayu, melindungi agama Islam, Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum lain di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

    "Penekanan juga perlu dibuat bahawa agenda ini adalah lebih penting dan utama dari kepentingan politik atau kelompok," katanya.

    Engku Ibrahim berkata, perkara berkaitan pertahanan, keselamatan, kedudukan ekonomi negara, Biasiswa Yang di-Pertuan Agong termasuk cadangan pelantikan Ketua Hakim Negara Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya turut dibincangkan dalam mesyuarat itu.

    Semua Sultan dan Yang Dipertua Negeri menghadiri mesyuarat itu kecuali Pahang, Johor, Terengganu, Perlis dan Negeri Sembilan.

    Sultan Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, Sultan Johor diwakili Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar dan Sultan Terengganu diwakili Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud.

    Negeri Sembilan diwakili Pemangku Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Naquiyuddin Ibni Tuanku Jaafar dan Perlis diwakili Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

    Turut hadir, Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua menteri kecuali Sarawak yang diwakili Menteri II Perancangan dan Pengurusan Sumber Datuk Seri Awang Tengah Ali Hasan.

    BH-17/10/2008

    Tuesday, October 14, 2008

    Pengambilan Ahli Baru

    Kepada mahasiswa Melayu yang ingin menyertai Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Caw. Khas Unisel Shah Alam, sila hadir di booth kami bersebelahan cafe Unisel dari 14 oktober - 17 oktober 2008, dari jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang. Harap maklum

    Monday, September 15, 2008

    Kepemimpinan dinamik

    Oleh Khairina Yasin
    kayrina@bharian.com.my

    Akept kendali program mantapkan barisan pengurusan tertinggi universiti

    MERINTIS usaha menubuhkan Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (Akept) pada Januari 2008 adalah antara strategi Kementerian Pengajian Tinggi memperkasakan kepimpinan dinamik universiti.

    Idea penubuhan Akept itu disifatkan lambang kesungguhan dan komitmen Kementerian berkenaan untuk melihat barisan kepimpinan universiti lebih berprestij dan berkaliber.

    Diterajui Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin selaku Pengarah, akademi itu menggariskan misi memacu usaha ke arah kecemerlangan pendidikan tinggi menerusi pembangunan kepimpinan dan amalan terbaik pengurusan, kualiti pengajaran serta pembelajaran, penyelidikan dan inovasi.

    Misi itu penting bagi kelangsungan menjadikan Malaysia sebagai pusat pendidikan tinggi di rantau ini, selain pemangkin ke arah kejayaan pelaksanaan Pelan Strategik Pengajian Tinggi yang dilancarkan pada Ogos 2007.

    Ahmad, berkata sebagai badan penting menjayakan pelan itu, Akept bertanggungjawab mengatur perancangan dan program kepimpinan peringkat pengurusan tertinggi universiti.

    Katanya, ini termasuklah usaha memantapkan kepemimpinan peringkat lembaga pengarah universiti, naib canselor dan dekan.

    “Peranan itu lebih ketara apabila soal autonomi (di universiti) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi dengan pengumuman Universiti Sains Malaysia sebagai Universiti Apex yang sememangnya tidak menafikan kepentingan kepemimpinan akademik yang dinamik, berpengalaman dan proaktif pada pelbagai peringkat.

    “Kepemimpinan unik seorang pemimpin yang baik merangkumi kebolehan memberikan hala tuju yang jelas, menggalakkan organisasi supaya cenderung kepada pendidikan, memacu organisasi supaya lebih berkesan dan berkeperibadian yang menyokong usaha percambahan ilmu,” katanya.

    Beliau menjelaskan, faktor kritikal yang menentukan pencapaian cemerlang organisasi institusi pengajian tinggi adalah pengurusan yang baik dan kepemimpinan strategik.

    Justeru, katanya, Akept akan memastikan pemimpin universiti diperkasakan dengan kemahiran strategik dan mereka perlu disesuaikan dengan keperluan semasa serta memainkan peranan sebagai cendekiawan profesional.

    “Setakat ini, Akept menganjurkan 12 program membabitkan penyertaan hampir 1,200 peserta kalangan pengurusan universiti biarpun usia penubuhan belum mencecah setahun jagung.

    “Enam teras dalam Pelan Pengajian Strategik Pengajian Tinggi menjadi panduan Akept dalam merencanakan setiap perancangan program yang diatur dengan mengambil kira aspek analisa latihan dan bentuk kepimpinan yang diperlukan universiti.

    “Selain itu, kita turut mengenal pasti 50 kompetensi atau kepakaran yang dijadikan asas kepercayaan dalam setiap program latihan yang dianjurkan,” katanya.

    INFO

    Empat peranan Akept merangkumi


  • Membangunkan kapasiti kepimpinan pengajian tinggi dengan menyediakan program kepimpinan pragmatik dan relevan

  • Menyedia dan memantapkan budaya penyelidikan melalui peluasan pengetahuan dan idea menerusi pemahaman ke arah kepimpinan organisasi berkesan

  • Menggiatkan inovasi pengajaran dan pembelajaran menerusi kegiatan penyelidikan dan pembangunan

  • Membangun talent pool pemimpin pendidikan tinggi dengan kemahiran yang relevan dan budaya kecemerlangan
  • Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Hari Raya

    Bertempat di Dewan Tan Sri Mahfuz Khalid, Kementerian Kerja Raya Malaysia, KL, GPMS Caw. Khas Unisel Shah Alam telah dijemput bagi bersama-sama menjayakan Majlis Berbuka Puasa & Penyampaian Sumbangan Hari Raya anjuran GPMS Pusat.



    Majlis yang berlangsung pada 13 September ini telah dihadiri oleh hampir 12oo orang ahli-ahli GPMS seluruh Malaysia termasuk GPMS Caw. Khas dari seluruh IPT di Malaysia.



    Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Ir. Zain Mohamad, Menteri Kerja Raya Malaysia turut dihadiri oleh YBhg Dato' Reezal Merican Naina Merican, Presiden GPMS Pusat.


    Ahli-ahli GPMS Unisel SA yang hadir


    Kemuncak majlis yang memasuki tahun ke 3 di anjurkan ini adalah majlis sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada Asnaf-asnaf dan anak-anak yatim ahli-ahli GPMS

    Tuesday, September 9, 2008

    MAJLIS BERBUKA PUASA GPMS BERSAMA MAHASISWA SELURUH NEGARA

    Perhatian kepada mahasiswa yang berminat menyertai program di atas, sila serahkan nama dan nombor matrik kepada Sdr. Syed Hisyamuddin ( 019 2304849) atau Sdr. Syafizal ( 012 2074240)

    Tempat terhad kepada 40 orang peserta sahaja.

    Pakaian :

    Lelaki : Baju Melayu Bersampin
    Perempuan : Baju Kurung

    Thursday, September 4, 2008

    Kempen Semarak Merdeka

    Buat julung-julung kalinya GPMS Unisel Shah Alam menganjurkan "Kempen Semarak Merdeka" yang telah di jalankan sepanjang bulan kemerdekaan yang lalu.Program yang mendapat sokongan penuh pihak Unisel ini bertujuan mengembalikan semangat jati diri dan bagi menyemarakkan semangat kemerdekaan yang ke-51 dengan slogan "Perpaduan Teras Kejayaan". Antara pengisian program seperti Merdeka " Car Wash", Sentuhan Jiwa Merdeka dan kemuncak kempen adalah Malam Merdeka Musikal yang telah diadakan di Dewan Utama Unisel Shah Alam. Program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pemangku Naib Canselor, Exco Biro Anti Dadah & Gejala Sosial GPMS Pusat serta rakan-rakan GPMS UIA, UPM dan Unisel Bestari Jaya



    Para VVIP Yang Hadir



    Pertunjukkan Silat dari Persatuan Seni Silat Gayung Unisel





    Tetamu yang hadir



    Bacaan Doa Memberkati Majlis



    Gamelan Majlis Bandaraya Petaling Jaya





    Ucapan Perasmian Pemangku Naib Canselor



    Simbolik Perasmian

    Persembahan Pelajar










    Sentuhan Jiwa Merdeka Warga Unisel

    SERUAN SEMANGAT MERDEKA

    "merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapat, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan. Dengan kerana itu kita terpaksa mengorbankan bukan sahaja wang ringgit dan usaha bahkan jiwa kita sendiri juga"....Tunku Abdul Rahman (1957-1970)


    "Hari merdeka ialah hari Kebangsaan kita. Marilah membanggakan negara kita dan sentiasa berjaga-jaga supaya tidak dipengaruhi oleh fahaman kebangsaan yang sempit. Jika fahaman kita yang sempit itu dibiarkan hidup dengan perasaan yang meluap-luap, maka sifat bertolak ansur dan tali-tali persahabatan kita dengan negara-negara lain yang bebas akan terkecewa. Dengan yang demikian, maka terganggulah keamanan dan ketenteraman dunia"......Tun Abdul Razak (1970-1976)


    "Tuan-tuan sekalian, akhirnya saya suka berpesan dan berharap semoga tuan-tuan dapat menunjukkan semangat keperwiraan dan taat setia yang tidak berbelah bagi pada setiap masa. Tuan-tuan hendaklah sentiasa berwaspada terhadap ancaman yang hendak merosakkan ketenteraman dan kedaulatan negara. Di samping itu, tuan-tuan sentiasa bersiap sedia untuk mempertahankan negara dan memberi perkhidmatan pada masa-masa kecemasan apabila dikehendaki oleh negara kita"........Tun Hussein Onn (1976-1980)


    "Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain akan cuba menjajah kita, kita patut merapatkan barisan, inilah makna patriotisme. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya kita dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara"......Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981-2003)


    "Sesungguhnya...., segala kejayaan yang dicapai hari ini ditunjangi usaha dan pengorbanan pejuang-pejuang kita terdahulu. Tunku Abdul Rahman telah berjuang mencapai kemerdekaan, Tun Abdul Razak berusaha gigih bagi membawa pembangunan, Tun Hussien Onn memerah keringat bai memupuk perpaduan rakyat, Tun Dr. Mahathir telah menentang arus bagi mencipta pemodenan. Mereka sebagai pemimpin kita bersama rakyat sekalian telah membawa Malaysia ke tahap ia berada hari ini"......Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (2003-sekarang)

    Friday, August 15, 2008

    Polisi pengambilan pelajar UiTM kekal

    PUTRAJAYA - Kerajaan tidak bercadang mengubah sebarang polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) hanya disebabkan pandangan daripada satu pihak yang menyuarakan agar universiti itu membuka 10 peratus kemasukan pelajarnya kepada penuntut bukan bumiputera.

    Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menegaskan, cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu juga tidak akan dibawa ke Kabinet.

    "Kita tak bincang (di Kabinet) kerana bagi saya ia tak perlu, tiada sebarang perubahan polisi (di UiTM)," katanya ringkas ketika ditanya kemungkinan pihaknya memanjangkan isu itu ke Kabinet setelah protes para pelajar UiTM terus hangat apabila demonstrasi itu menular di Kelantan pula kelmarin.

    Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Kebangsaan Reka Bentuk Pendidikan dan Pembangunan Multimedia Dalam Proses Pembelajaran dan Pengajaran di sini semalam.

    Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata, beliau juga meminta agar perkara-perkara yang sudah menjadi penerimaan sejak lama itu tidak dibangkitkan lagi.

    "Kita kena faham apa asas-asas yang membawa kepada perpaduan, kesejahteraan, kestabilan dan keamanan dalam negara.

    Sunday, August 3, 2008

    Asal usul Melayu terus dikaji




    Oleh Mohd Azis Ngah -azis@bharian.com.my


    Pulau Kalumpang dipercayai penempatan pertama manusia prasejarah

    MENELUSURI asal usul keturunan Melayu di Nusantara amat menarik tetapi sehingga kini belum ada ketetapan muktamad kerana terlalu banyak teori dan hujah.

    Merujuk kepada perlembagaan, orang Melayu adalah seorang Muslim, bertutur Bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu. Ini bermakna sesiapa saja tanpa kira asal usul bangsanya boleh bergelar Melayu jika memiliki ciri-ciri di atas.

    Namun, definisi Melayu di alam Melayu ditakrif sebagai mereka yang mendiami alam Melayu dan bertutur bahasa Austronesia/Melayu-Polinesia.

    Pengkaji sejarah, ahli arkeologi, pakar bahasa sentiasa mencari bukti kukuh melalui pelbagai kajian sekali gus menyemarakkan usaha mengesan asal usul Melayu.

    Wartawan Berita Minggu berpeluang mengikuti satu kajian lapangan oleh pakar arkeologi, Prof Datuk Dr Nik Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman yang kini mengkaji penemuan tapak arkeologi pra sejarah pertama di dunia yang dihuni manusia di kawasan bakau di Pulau Kalumpang, Perak.

    Memang banyak negara yang mempunyai kawasan bakau seperti India, Kemboja dan Afrika tetapi hanya di Malaysia dikesan mempunyai kesan peninggalan penempatan manusia prasejarah.

    Kerja mencari gali dimulakan pada 1987 selama dua tahun dan dihentikan sebelum dimulakan semula sejak Mei lalu. Hasil kajian pertama, Prof Nik Hassan menemui 11 rangka manusia prasejarah dipercayai dikebumikan di tanah perkuburan di situ.

    Manusia prasejarah itu dikatakan menanam mayat di bawah rumah mereka kerana pengkaji menemui tinggalan sisa makanan, tulang manusia, gigi yang dipercayai manusia yang hidup di abad kedua Sebelum Masihi hingga 10 Masihi.

    "Kajian ini lebih menjurus kepada mengesan siapa yang sebenarnya tinggal di situ. Kami percaya penempatan ini didiami sekumpulan manusia keturunan Melayu yang hidup di pesisir pantai. Mungkin juga mereka keturunan India, Sumatera atau Orang Laut.

    "Mereka lebih terbuka kepada hubungan luar berbanding Melayu yang tinggal di pedalaman. Bukti gigi dengan kesan makanan sirih dan pinang menguatkan hujah kemungkinan mereka orang Melayu dan penemuan serpihan tembikar, manik menunjukkan mereka berhubung dengan dunia luar," katanya.


    Menariknya, Pulau Kalumpang yang jaraknya kira-kira 45 minit perjalanan menaiki bot dari jeti Kuala Gula, mempunyai tujuh kawasan penempatan yang mempunyai keluasan dua kilometer. Pulau itu juga mempunyai banyak pokok buluh yang sememangnya diakui tidak akan tumbuh di kawasan bakau.

    Pokok buluh itu hidup subur dipercayai ditanam dengan tujuan pelbagai guna untuk membuat rumah, senjata dan alat menangkap ikan. Selain itu, penemuan kerang pelbagai jenis menunjukkan penduduk di situ sememangnya menjadikan hasil laut sebagai makanan utama.

    Penduduk tempatan menggelar pulau itu sebagai Pulau Kota Kerang, ada yang memanggilnya Pulau Buluh.

    "Berdasarkan penemuan di pelbagai peringkat lapisan tanah, jelas menunjukkan diet makanan mereka juga berubah mengikut zaman. Kami menemui tulang ikan, monyet, burung, kepala babi dan beruk, mereka makan apa saja tetapi pada masa itu, rasanya mereka tidak beragama.

    "Persoalannya ialah bagaimana mereka hilang atau berpindah, kami tidak pasti dan sedang mengkaji," katanya.

    Ketika ini, Prof Nik Hassan dan pasukannya sudah menemui 50 jenis kerang pelbagai saiz yang jelas membezakan perubahan makanan penduduk di situ. Cara hidup mereka boleh dinilai berdasarkan sisa makanan yang ditemui.

    Apa yang pasti, pasukannya gigih menjalankan kajian sama ada penempatan di situ mempunyai kaitan langsung dengan orang Melayu yang tinggal berhampiran di Kuala Sepetang, Kuala Gula atau Kuala Kurau dan ia perlu dipastikan melalui ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA).

    Info: Tapak Arkeologi Pulau Kalumpang

    Pulau Kelumpang

    · Mempunyai tujuh kawasan (Pulau Satu hingga Pulau Tujuh) seluas dua kilometer

    · Pulau Satu hingga Pulau Lima adalah kawasan utama kajian

    · Pulau Enam dan Pulau Tujuh terletak berdepan Pulau Selinsing

    · Tapak itu diwartakan sebagai Kawasan Hutan Bernilai Pemeliharaan Tinggi sebagai perkuburan prasejarah pada 15 Julai 2007.

    · Pemetaan dan sukatan geografi mula dijalankan di situ pada tahun 1988.


    Monday, July 21, 2008

    Tukar separuh pinjaman PTPTN pada biasiswa

    KUALA LUMPUR - Seorang senator menyarankan supaya 50 peratus daripada pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ditukar kepada biasiswa, manakala caj perkhidmatan bayaran balik pinjaman dihapuskan.

    Senator Datuk Roslan Awang Chik berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan bebanan bayaran balik pinjaman yang terpaksa ditanggung pelajar dan bagi melahirkan modal insan bermutu untuk pembangunan negara pada masa akan datang.

    Katanya, isu pelajar terbeban dengan bayaran balik pinjaman dan caj perkhidmatan yang tinggi adalah antara faktor yang menyebabkan tercetusnya tsunami politik pada pilihan raya umum ke-12, Mac lalu.

    "Bagi mengelak tsunami itu berulang, kerajaan perlu mengkaji mekanisme yang sesuai untuk memastikan pembangunan modal insan dapat dilaksanakan dengan terancang. Dahulu, kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar dan apabila tamat pengajian, pelajar dijamin dengan pekerjaan yang sesuai berdasarkan kelayakan akademik.

    "Tetapi kini, bukan hanya tidak dijamin pekerjaan apabila keluar daripada institusi pengajian tinggi, malah fikiran pelajar sudah tersemat satu perkataan iaitu 'berhutang' kerana apabila mereka menamatkan pengajian, hutang antara RM50,000 hingga RM60,000 tidak termasuk caj perkhidmatan menunggu mereka,'' katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara, di sini semalam. - Bernama

    Saturday, July 19, 2008

    Beri Melayu Peluang Bermutu

    KUALA LUMPUR 18 Julai - Pengagihan peluang-peluang yang bermutu, adil dan saksama perlu ditumpukan di kawasan luar bandar bagi melahirkan lebih banyak golongan profesional dan peniaga Melayu yang berjaya dalam perniagaan, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Perdana Menteri berkata, langkah tersebut perlu kerana kebanyakan orang Melayu di negara ini masih tinggal di kawasan luar bandar yang kemajuannya tidak sepesat di bandar.''Berilah peniaga Melayu peluang yang bermutu jika kita mahu mereka berjaya dan maju," katanya ketika merasmikan Konvensyen Ekonomi Bumiputera 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

    Abdullah berkata, berbanding di luar bandar, sebenarnya peluang untuk maju di bandar dalam bidang perniagaan, perdagangan dan pendidikan adalah lebih cerah. Bagaimanapun kata beliau, keadaan tersebut menguntungkan majoriti penduduknya yang terdiri daripada bukan Melayu.

    Abdullah menjelaskan, secara tradisi banyak daripada aktiviti di kawasan luar bandar adalah berkaitan sektor pertanian manakala di kawasan bandar pula ia lebih pesat membangun menerusi pelbagai aktiviti berkaitan dengan perkhidmatan. ''Jadi pengagihan tidak hanya dari segi wang atau pendapatan, orang Melayu juga mesti mendapat pengagihan peluang-peluang yang bermutu," katanya.
    Perdana Menteri berkata, berikutan banyaknya peluang bermutu di bandar, kebanyakan orang Melayu yang berjaya adalah di kawasan bandar walaupun majoriti orang Melayu lain tinggal di kawasan luar bandar.
    Abdullah berkata, berikutan keadaan itu, timbul rasa tidak puas hati di kalangan orang Melayu kerana ia menghalang mereka mencapai matlamat 30 peratus yang digariskan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam konteks ini, beliau berkata, orang Melayu perlu membina keupayaan dan kebolehan serta mesti memiliki ilmu-ilmu baru bagi memajukan diri. ''Kalau nak membina kapasiti, mesti wujud peluang bermutu yang lebih banyak di kawasan luar bandar," katanya.
    Abdullah berkata, pelbagai industri boleh dimulakan di kawasan luar bandar tetapi penyertaan dan keupayaan orang- orang Melayu adalah penting dalam hal ini. Menurutnya, amalan tambah nilai kepada diri sendiri seperti dari segi kemahiran dan pengetahuan juga perlu menjadi budaya bangsa. ''Wajah-wajah yang maju, yang berjaya perlu diramaikan," katanya
    Utusan Malaysia, 19 Julai 2008

    Thursday, July 17, 2008

    Hikayat Sebuah Pulau Impian “Cintalusia”

    Arakian tersebutlah kisah di dalam sebuah kitab klasik lama yang masyhur terkenal seantero alam dengan judul agungnya “K.O.P GMPS UNISEL SHAH ALAM”. Di dalamnya ada menyebut tentang hikayat sebuah pulau impian yang aman makmur bernama “Cintalusia”. Awalnya pembinaan negara ini seakan tidak punya celanya masalah. Dengan ditadbir oleh memanda menterinya Zulhusni, timbalannya Syafiq serta barisan menteri-menteri kabinetnya yang terdiri daripada:

    1. Nik Fathurrahman

    2. Radhi

    3. Syed Hisyamuddin

    4. Shariff

    5. Fahim

    6. Anis

    7. Misa

    8. Anis Salha

    9. Farah

    10. Nini

    11. Wani

    12. Hani

    13. Awin


    Dilihat mampu menzahirkan dan melahirkan sebuah negara yang gemilang dan terbilang.

    Negara yang dihuni hampir 1 juta rakyat hidup secara aman dan makmur. Keikhlasan para pemimpinnya dijelmakan dalam bentuk perancangan yang rapi serta pembangunan yang mapan. Terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu


    A) Putralusia
    Mengambil ilham daripada pusat pentadbiran Malaysia yang terancang dan strategik. Perkataan Putra di gabung bersama Cintalusia

    B) Edulusia
    Demi memenuhi kepentingan ilmu maka terbinalah edulusia. Dalam impian melahirkan para ilmuan yang mahir dari segala aspek.

    C) Megalusia
    Merupakan pusat pembangunan ekonomi utama di Cintalusia. Menjadi nadi kegiatan ekonomi import dan eksport

    D)Spalusia
    Mengambil asas spa iaitu menenangkan, maka pusat industri pelancongan ditubuhkan bagi menarik para pelancong mengunjungi Cintalusia, memberi ketenangan dan sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi negara.


    Namun hasrat melihat ia terus mekar maju dan menyubur membangun hanya tinggal mimpi. Segala yang telah dirancang punah dek kerakusan anasir luar yang sentiasa dahagakan hasil buminya. Dengan campur tangan kuasa asing yang hanya dikenali sebagai “Angah & Konco-konconya” terus mengasak bertali arus dengan serangan yang kadang kala membunuh idea yang tidak berdosa. Oleh kerana tidak mahu lebih banyak idea kecil yang tidak mengerti apa-apa terus dicabuli maka para pemimpin Cintalusia bersepakat menyerahkan Pulau Impian ini dan sekaligus menamatkan pertempuran perjuangan memartabatkan maruah sebuah negara. Kini sejarah CINTALUSIA terus terpahat di dalam lipatan sejarah GPMS UNISEL SHAH ALAM dan mitos kewujudannya tidak lagi kedengaran.

    Peta asal CINTALUSIA

    (sumber: Hikayat Pulau Impian- K.O.P GMPS UNISEL SHAH ALAM)

    p/s: terima kasih kepada Angah and Team atas keSEDARan ini. “Ketewasan” ini InsyaAllah akan kami jadikan panduan dalam menempuh cabaran mendatang.


    Harga Sebuah Ilmu



    Kinabatangan:-Empat beradik di Kampung Ulu Pinangah, Kuamut dekat sini terpaksa bertarung nyawa setiap kali mendayung perahu di Sungai Kinabatangan untuk berulang alik ke sekolah. Walaupun terpaksa menempuh bahaya menghulu dan menghilir sungai itu,mereka tetap tabah semata-mata memastikan tidak ketinggalan menimba ilmu di SK Pinangah di Kampung Pinangah.

    Dengan mengerah kudrat, Rosmery Saimon, 12 dan tiga adiknya, Madzlan 10, Adzlan 9 dan Malisa 7, menghilir Sungai Kinabatangan sejauh kira-kira 1.5 kilometer dari kampong itu ke sekolah. Mereka terpaksa mendayung perahu kecil sepanjang 4.5 meter yang diperbuat daripada pokok kayu bulat.

    Berikutan ketiadaan jalan, Rosmery dan adik-adiknya tiada pilihan lain selain terpaksa memperjudikan nyawa mendayung perahu di sungai selebar kira-kira 500 meter itu. Rosmery berkata, beliau dan adiknya terpaksa mendayung perahu kerana ibu bapa mereka perlu bekerja di kebun yang agak jauh dari rumah mereka dengan mendayung perahu lain.

    “Kalau musim hujan, bapa akan menghantar kami kerana kami tidak berdaya melawan arus deras”, katanya kepada Berita Harian ketika ditemui di Kampung Pinangah, semalam.

    Selain mereka, 361 murid di sekolah itu terpaksa menempuh kesukaran untuk berulang alik ke sekolah. Ada antara mereka terpaksa berjalan sejauh satu hingga empat kilometer dengan melalui jalan tidak berturap untuk berulang alik dari rumah masing-masing ke sekolah.

    Kampung Pinangah, di dalam kawasan DUN Kuamat dan Parlimen Kinabatangan, terletak di tengah-tengah Sabah yang hanya boleh dikunjungi melalui jalan tidak berturap sejauh 70 kilometer selama kira-kira 4 jam dari pekan Telupid, dekat Sandakan.

    Berita Harian, Isnin 14 Julai 2008



    Monday, July 14, 2008

    Unisel penuhi permintaan industri

    LULUSAN BERKUALITI: Unisel menyediakan peluang pelajaran yang berdaya saing dan memenuhi keperluan industri


    Tawar 3,200 tempat kepada lepasan SPM, STPM lanjut pelajaran peringkat tinggi

    UNIVERSITI Industri Selangor (Unisel), menawarkan 3,200 tempat kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) untuk menyambung pengajian pada peringkat lebih tinggi dalam 72 kursus yang ditawarkan bagi pengambilan Julai ini.

    Dengan 10 fakulti yang menawarkan pelbagai kursus, semuanya mendapat kelulusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), menjadikan Unisel yang ditubuhkan sembilan tahun lalu sebuah institusi pengajian tinggi swasta setanding universiti awam.

    Pemangku Naib Canselor Unisel, Prof Dr Khalifah Othman, berkata penubuhan Unisel bagi memenuhi permintaan industri yang memerlukan lebih banyak tenaga kerja dan kepakaran dalam pelbagai bidang kejuruteraan, perniagaan, bioteknologi dan sebagainya.

    “Kita sentiasa berdamping rapat dengan pihak industri, sehubungan itu, kurikulum yang ditawarkan berdasarkan keperluan industri,” katanya yang ditemui di kampus Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.

    Dr Khalifah berkata, keistimewaan Unisel ialah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar yang menjadikan pelajar universiti itu fasih berkomunikasi sekali gus menjadi bekalan ketika menceburi bidang pekerjaan.

    “Selain menimba ilmu dalam bidang diceburi, kemahiran tambahan seperti fasih dalam berbahasa Inggeris memudahkan pelajar kami mendapat pekerjaan sebaik menamatkan pengajian.

    “Malah, 80 peratus pelajar yang sudah tamat pengajian mendapat pekerjaan dalam tempoh lapan bulan selepas lulus, manakala selebihnya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Ketika ini, seramai 4,325 pelajar sudah menamatkan pengajian di universiti ini,” katanya.

    Unisel adalah antara empat universiti di Malaysia yang menjalankan program Japanese Association Degree (JAD) dengan kerjasama 15 universiti di Jepun, Yayasan Pelajaran Mara dan universiti itu sendiri.

    Pada Mac lalu, Unisel menghantar 75 pelajarnya mengikuti program Sarjana Muda Kejuruteraan Teknikal Jepun menerusi program JAD dan kumpulan kedua pula pada 2009 seramai 86 pelajar lagi akan ke Jepun.
    “Kursus di Unisel dijalankan dalam bahasa Jepun oleh tenaga pengajar tempatan dan dari negara itu,” katanya.

    Selain itu, Unisel Graduate School of Management (UGSM) turut menawarkan empat program baru pengkhususan dalam program Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) bagi pengambilan Julai ini dalam usaha memenuhi kehendak pasaran kerja yang memerlukan tenaga kerja berilmu serta berpengetahuan luas.

    Program itu ialah MBA dengan pengkhususan dalam pengurusan projek, kerajaan tempatan, kemudahan serta keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSHA). Selain itu, tiga lagi program MBA pengkhususan dalam Pengurusan Logistik, Pengurusan Perkapalan dan Pengurusan Am, turut ditawarkan.

    Lebih menarik, katanya, hanya UGSM institusi pengajian tinggi di negara ini menawarkan pengkhususan dalam pengurusan perkapalan, logistik dan kerajaan tempatan.

    Dengan dua kampus yang dilengkapi pelbagai kemudahan dan prasarana iaitu di Bestari Jaya, Batang Berjuntai dan Seksyen 7, Shah Alam, yang masing-masing berkeluasan 240 hektar dan empat hektar, pelajar dapat menimba ilmu dengan lebih tenang tanpa gangguan berikutan kedudukan kampus di kelilingi pemandangan yang menarik dan alam semula jadi.

    Bagi meringankan beban kewangan pelajar, beberapa agensi termasuk Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mara, agensi negeri, Pusat Zakat dan institusi kewangan turut menyediakan pinjaman untuk pelajar.

    INFO:

    10 fakulti di Unisel
    • Kejuruteraan
    • Pengurusan Industri
    • Industri Teknologi Maklumat
    • Pendidikan
    • Pengajian Bahasa
    • Sains Gunaan dan Matematik
    • Bioteknologi dan Sains Hayat
    • Bio Perubatan dan Sains Kesihatan
    • Teknologi Seni Lukis
    • Seni Reka Industri


    Maklumat am
    • Pengambilan baru 26 dan 27 Julai ini di kampus Bestari Jaya, manakala pada 27 Julai bagi kampus Shah Alam. Waktu pendaftaran mulai jam 9 pagi hingga 5 petang.
    • Maklumat lanjut boleh hubungi talian 03-55223400 atau layari laman web di alamat www.unisel.edu.my.

    Sunday, July 6, 2008

    RAKAN MUDA DIPERLUAS KE SEKOLAH: Langkah bersepadu bendung masalah sosial pelajar sekolah

    Biro Anti Dadah dan Gejala Sosial, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (BADGS-GPMS) menyambut baik langkah Kementerian Belia dan Sukan untuk memperkenalkan program Rakan Muda pada peringkat sekolah sebagai satu cabang baru dalam kokurikulum untuk membolehkan program itu lebih dekat dengan pelajar sekolah.

    Sehubungan dengan itu, BADGS-GPMS berharap agar tindakan dan langkah segera diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan bersama Kementerian Pelajaran supaya pelaksanaannya lebih tersusun.

    Pengerusi BADGS-GPMS, Mohd Faizal Mohd Salleh berkata, langkah tersebut ibarat `melentur buluh bermula dari rebungnya', di mana segala usaha untuk melahirkan generasi muda yang gemilang, generasi muda yang bebas dari gejala sosial bermula dari peringkat sekolah lagi, kerana di peringkat inilah golongan muda mudah terdedah dengan gejala tidak sihat, umpamanya rokok, dadah dan gejala sosial yang lain.

    Jika golongan ini tidak mula didekati bermula di peringkat sekolah, kita yakin pelajar-pelajar yang mempunyai pendidikan sempurna akan berjaya dengan cemerlang dalam pendidikan mereka, namun mereka yang kurang cemerlang dalam pendidikan mereka, akan mudah terpengaruh dengan pengaruh rakan sebaya.

    BADGS-GPMS memandang serius isu disiplin dan masalah sosial dikalangan pelajar-pelajar di sekolah-sekolah pada hari ini. Isu ini telah dibangkitkan berulang-ulang kali oleh pelbagai pihak namun ianya masih tidak dapat diselesaikan. Sehubungan dengan itu, semua pihak termasuk Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk bersama-sama berganding bahu memerangi isu masalah disiplin dan sosial di kalangan pelajar sekolah.

    Masalah disiplin dikalangan pelajar ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar jika ianya ingin diselesaikan. Beberapa elemen penting yang menjadi para pelajar tidak berdisiplin perlulah dikaji. Latarbelakang keluarga, suasana sekolah dan keadaan persekitaran mempengaruhi tindakan para pelajar untuk melanggar peraturan yang ditetapkan. BADGS-GPMS berpendapat peranan semua pihak diperlukan dalam memastikan permasalahan ini dapat dibendung.

    Oleh itu, pendekatan Kementerian Belia dan Sukan untuk memperluaskan program Rakan Muda ke sekolah merupakan satu langkah terbaik untuk pelajar mendekatkan diri dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. GPMS menyarankan akar Kementerian Belia dan Sukan serta Kementerian Pelajaran memperbanyakkan aktiviti yang boleh menarik minat golongan belia menceburinya.

    Golongan belia khususnya pelajar sekolah perlu diberi suntikan baru dengan ‘disogok’kan program-program baru dan segar. Dalam masa yang sama, kementerian juga harus mencari alternatif yang boleh meransang minat belia menyertai aktiviti-aktiviti yang digemari mereka. Penerapan semangat "Yakin Boleh" dikalangan anak muda adalah amat penting bagi membentuk generasi pelapis yang mempunyai daya tahan yang tinggi dan daya juang yang kental.

    Suntikan semangat kembara dan meneroka sesuatu yang baru amat penting bagi membentuk ketahanan mental dan fizikal yang kental bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran environment pada masa hadapan. Semangat untuk menjadi perintis dalam sesuatu penerokaan baik di laut, gunung-ganang, hutan rimba, gua atau udara amat penting bagi membuktikan kepada masyarakat luar bahawa orang-orang Melayu khususnya generasi muda juga mempunyai keupayaan tinggi dalam pelbagai bidang.

    Kita harus sedar, generasi muda merupakan golongan majoriti penduduk negara. Dijangkakan pada tahun 2020, penduduk yang berumur 15-39 tahun akan meningkat kepada 9.2 juta orang. Golongan ini mempunyai keupayaaan yang tinggi dari segi mental mahupun fizikal. Oleh itu, satu pembangunan yang sihat perlu diberikan supaya mereka menjadi manusia yang berilmu, beragama, bermoral tinggi, produktif, cergas, sihat dan bertanggungjawab.

    Dalam konteks menuju perubahan inilah maruah dan martabat bangsa hendaklah dibangunkan secara gigih clan diperjuangkan secara global kerana kekuatan maruah dan martabat bangsa secara menyeluruh akan membawa impak kearah pembentukan bangsa dan tamadun yang lebih gemilang. Seluruh persiapan zahir dan batin perlu disediakan untuk generasi muda bagi membolehkan mereka menghadapi cabaran environment masa depan.

    Oleh itu, anak muda hari ini perlu dibekalkan dengan ketinggian intelek, kepelbagaian kemahiran, bermaklumat intensif, kreatif seiring dengan kemantapan etika, moral dan penghayatan nilai¬-nilai mumi. Dengan memiliki ciri-ciri tersebut akan dapat melahirkan satu tenaga kepimpinan berkualiti, berkemahiran tinggi dan mantap bagi menjamin keamanan, kemakmuran dan kemajuan negara

    Wednesday, June 25, 2008

    Himpunan Permuafakatan Mahasiswa Melayu

    Perhatian kepada ahli-ahli GPMS Unisel Shah Alam. Adalah di maklumkan bahawa Himpunan Permuafakatan Mahasiswa Melayu pada 01- 03 Ogos 2008 bertempat di Kem Bina Negara, Ulu Sepri. Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, sila hubungi sdra Syed Hisyammudin, Exco Anti Dadah dan Gejala Sosial di talian 0126089773

    Tuesday, June 24, 2008

    Selamat Menghadapi Peperiksaan akhir

    Oleh : EXCO PENERANGAN

    Kepada semua MT,exco-exco dan ahli-ahli Persatuan GPMS Caw. Khas Unisel Shah Alam,semoga berjaya didalam peperiksaan akhir semester May 2008. Doa dan harapan agar kalian diberi ketenangan dalam menjawab soalan dan beroleh kejayaan yang gemilang

    Persediaan menghadapi peperiksaan
    1. Berpakaian Kemas
    2.Kad matrik & IC
    3.Slip Peperiksaan
    4.Alat tulis dan alat bantu kira-kira (kalkulator)
    5.Sebarang "toyol-toyol" adalah dilarang sama sekali dibawa ke dalam dewan
    6.Niat dan doa sebelum menjawab soalan
    7.Mulakan menjawab dengan selawat dan Bismillah
    8.Jawab sehingga selesai dan bertawakkal

    Monday, June 23, 2008

    Kembalikan asas perjuangan


    KUALA LUMPUR 22 Jun - Orang Melayu diingatkan supaya kembali kepada asas perjuangan yang berlandaskan agama, bangsa dan tanah air.

    Setiausaha Satu Majlis Muafakat Melayu Malaysia (MMMM), Prof. Madya Datuk Zainal Abidin Borhan berkata, jika pegangan itu dilupakan, orang Melayu akan mudah jatuh dan lemah di negara sendiri.

    ''Kelemahan yang ditunjukkan ini secara tidak langsung akan memberi ruang kepada sesiapa sahaja dari dalam atau luar negara untuk mempersenda dan mempergunakan kita,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Beliau berkata demikian ketika mengulas titah Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) semalam, yang tidak mahu melihat bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

    Zainal Abidin berkata, kebanyakan perjuangan orang Melayu sekarang lebih bersifat peribadi dan mementingkan diri sendiri didorong oleh kepercayaan politik yang berbeza.

    Katanya, ramai orang Melayu belum mempunyai kematangan berfikir dalam politik dan perjuangan menyebabkan mereka lebih mementingkan ketaksuban kepada pemimpin dan bukannya untuk membela nasib bangsa.

    ''Saya tidak menafikan memang perlu mempunyai perbezaan ideologi politik tapi itu hanyalah untuk tempoh dua minggu ketika kempen pilihan raya sahaja dan selepas tempoh itu, kita perlulah rapatkan semula barisan,'' jelasnya.

    Mengulas lanjut, Zainal Abidin mengalu-alukan titah Raja Nazrin itu dan menyifatkannya sebagai tepat pada masanya.

    Katanya, orang Melayu sekarang tidak mempunyai kesedaran untuk bersatu kerana tidak pernah menempuh detik-detik perpecahan suatu masa dahulu.

    Menurut beliau, pemimpin-pemimpin Melayu juga perlu berfikir dan bertindak sebagai ketua yang baik agar dapat menjadi contoh kepada generasi muda.

    Friday, June 20, 2008

    Unisel Bakal Terima 30 Orang Pelajar Orang Asli

    Shah Alam – Seramai 30 orang pelajar Orang Asli akan menghadiri seminar peluang melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNISEL) sempena Hari Terbuka Unisel 2008 di cawangan universiti itu di seksyen 7, di sini selama 2 hari bermula sabtu ini.

    Lebih menarik, pendaftaran pelajar juga akan terus dijalankan bagi pengambilan Julai ini termasuk calon pelajar Orang Asli yang berminat menyambung pengajian di Unisel.

    Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Razali Agus berkata, usaha itu dijalankan bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi tujuan tersebut. “Sebagai Naib Canselor, saya berpendapat pelajar Orang Asli tidak sepatutnya dipinggirkan dalam agenda pendidikan perdana di Selangor”, katanya dalam satu kenyataan semalam

    Petikan KOSMO! Jumaat 20 Jun 2008

    Tuesday, June 17, 2008

    Kitalah Penyambung Warisan .....

    Rakan EXCO GPMS Unisel Shah Alam – barisan kepimpinan yang bakal mencorakkan pentadbiran dan perjalanan GPMS Unisel Shah Alam dalam meletakkan perjuangan pendidikan pelajar Melayu sebagai asas utama perjuangan GPMS Unisel Shah Alam.


    Peserta KOP GPMS Unisel Shah Alam bergambar bersama barisan fasilitator.

    Monday, June 16, 2008

    KURSUS ORGANISASI PENTADBIRAN (KOP) GPMS UNISEL SHAH ALAM






    Pada 3-5 Jun 2008, pihak sekretariat GPMS Unisel Shah Alam dengan kerjasama Biro Anti-Dadah dan Gejala Sosial GPMS dan GPMS Cawangan Shah Alam telah mengadakan program Kursus Organisasi Pentadbiran (KOP) di Kompleks Rakan Muda Daerah petaling di Puchong baru-baru ini.

    Objektif program ini ialah untuk:­

    1. Membentuk barisan Exco GPMS Unisel Shah Alam yang benar-benar berkualiti dari segi kepimpinan dan semangat. Ia juga untuk mewujudkan sikap saling bekerjasama, bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh dalam melaksanakan kewajipan yang diamanahkan.

    2. Menyatukan-padukan serta mengenali dengan lebih rapat antara rakan Exco dan barisan fasilitator dari GPMS Shah Alam dan senior-senior yang terlebih dahulu berjuang dalam GPMS selain memberikan peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pemikiran selain berbincang untuk memperkasakan GPMS Unisel Shah Alam dari aspek program yang bakal dijalankan dan pelajaran yang menjadi perjuangan kami.

    3. Melahirkan pelajar Melayu yang peka, sensitif, inovatif, kreatif dan berani serta tahan lasak dari segi mental dan fizikal.

    4. Menyediakan barisan pemimpin pelapis yang mempunyai daya kepimpinan berkualiti serta 'komited' terhadap perjuangan GPMS sama di peringkat cawangan, bahagian ataupun peringkat nasional. Ini kerana kamilah yang bakal menerajui dan mencorakkan kepimpinan negara di masa hadapan.