Thursday, July 17, 2008

Hikayat Sebuah Pulau Impian “Cintalusia”

Arakian tersebutlah kisah di dalam sebuah kitab klasik lama yang masyhur terkenal seantero alam dengan judul agungnya “K.O.P GMPS UNISEL SHAH ALAM”. Di dalamnya ada menyebut tentang hikayat sebuah pulau impian yang aman makmur bernama “Cintalusia”. Awalnya pembinaan negara ini seakan tidak punya celanya masalah. Dengan ditadbir oleh memanda menterinya Zulhusni, timbalannya Syafiq serta barisan menteri-menteri kabinetnya yang terdiri daripada:

1. Nik Fathurrahman

2. Radhi

3. Syed Hisyamuddin

4. Shariff

5. Fahim

6. Anis

7. Misa

8. Anis Salha

9. Farah

10. Nini

11. Wani

12. Hani

13. Awin


Dilihat mampu menzahirkan dan melahirkan sebuah negara yang gemilang dan terbilang.

Negara yang dihuni hampir 1 juta rakyat hidup secara aman dan makmur. Keikhlasan para pemimpinnya dijelmakan dalam bentuk perancangan yang rapi serta pembangunan yang mapan. Terbahagi kepada 4 bahagian utama iaitu


A) Putralusia
Mengambil ilham daripada pusat pentadbiran Malaysia yang terancang dan strategik. Perkataan Putra di gabung bersama Cintalusia

B) Edulusia
Demi memenuhi kepentingan ilmu maka terbinalah edulusia. Dalam impian melahirkan para ilmuan yang mahir dari segala aspek.

C) Megalusia
Merupakan pusat pembangunan ekonomi utama di Cintalusia. Menjadi nadi kegiatan ekonomi import dan eksport

D)Spalusia
Mengambil asas spa iaitu menenangkan, maka pusat industri pelancongan ditubuhkan bagi menarik para pelancong mengunjungi Cintalusia, memberi ketenangan dan sekaligus menjana pertumbuhan ekonomi negara.


Namun hasrat melihat ia terus mekar maju dan menyubur membangun hanya tinggal mimpi. Segala yang telah dirancang punah dek kerakusan anasir luar yang sentiasa dahagakan hasil buminya. Dengan campur tangan kuasa asing yang hanya dikenali sebagai “Angah & Konco-konconya” terus mengasak bertali arus dengan serangan yang kadang kala membunuh idea yang tidak berdosa. Oleh kerana tidak mahu lebih banyak idea kecil yang tidak mengerti apa-apa terus dicabuli maka para pemimpin Cintalusia bersepakat menyerahkan Pulau Impian ini dan sekaligus menamatkan pertempuran perjuangan memartabatkan maruah sebuah negara. Kini sejarah CINTALUSIA terus terpahat di dalam lipatan sejarah GPMS UNISEL SHAH ALAM dan mitos kewujudannya tidak lagi kedengaran.

Peta asal CINTALUSIA

(sumber: Hikayat Pulau Impian- K.O.P GMPS UNISEL SHAH ALAM)

p/s: terima kasih kepada Angah and Team atas keSEDARan ini. “Ketewasan” ini InsyaAllah akan kami jadikan panduan dalam menempuh cabaran mendatang.


1 comment:

myname said...

Cerita yg menarik & agak sedih.Tapi,dari program ni kita dpt belajar drp kesilapan.Dpt menambahkan ilmu berkaitan sejarah,belajar tentang aliran ekonomi & pentadbiran jg cara2'memutar belitkan keadaan' supaya x kantoi(^_^)[cara2 nak jwb soalan]

Terima kasih yg paling best utk angah yg byk m'beri kesedaran tentang sejarah.Jg utk akak2 & abg2,x lupa jg kpd semua yg t'lbt dlm m'jayakan program ni.Lbh2 lg utk xtvt yg plg best 'PULAU IMPIAN'.

Akhir kata..semoga HARAPAN & IMPIAN korang sume akan jadi KENYATAAN..doa seorg sahabat