Friday, June 20, 2008

Unisel Bakal Terima 30 Orang Pelajar Orang Asli

Shah Alam – Seramai 30 orang pelajar Orang Asli akan menghadiri seminar peluang melanjutkan pengajian di Universiti Industri Selangor (UNISEL) sempena Hari Terbuka Unisel 2008 di cawangan universiti itu di seksyen 7, di sini selama 2 hari bermula sabtu ini.

Lebih menarik, pendaftaran pelajar juga akan terus dijalankan bagi pengambilan Julai ini termasuk calon pelajar Orang Asli yang berminat menyambung pengajian di Unisel.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Razali Agus berkata, usaha itu dijalankan bersama Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEAO) cawangan Selangor dan Wilayah Persekutuan bagi tujuan tersebut. “Sebagai Naib Canselor, saya berpendapat pelajar Orang Asli tidak sepatutnya dipinggirkan dalam agenda pendidikan perdana di Selangor”, katanya dalam satu kenyataan semalam

Petikan KOSMO! Jumaat 20 Jun 2008

1 comment:

sahabat gunung said...

Adakah orang asli boleh jadi ahli GPMS? Fikirkan? Kalau boleh, apa salahnya GPMS ambil peluang ini utk bawa golongan ini bersama perjuangan kita.

Fikir-fikirkan ....