Sunday, May 25, 2008

Selamat Datang ke Blog GPMS Unisel Shah Alam

Assalammualaikum

Dalam kesempatan ini, saya bagi pihak Ahli Jawatankuasa GPMS Cawangan Khas UNISEL Shah Alam ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi melayari blog kami yang tak seberapa ini. Budak-budak baru belajarlah katakan....

Sesungguhnya GPMS Cawangan Khas UNISEL Shah Alam masih baru. Kami berbesar hati kerana diberikan peluang dan ruang dari sahabat-sahabat GPMS yang lain, yang sudi menerima kehadiran kami dalam perjuangan GPMS.

Kami sedar, sebagai orang baru, masih banyak yang perlu kami pelajari. Oleh itu, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Saudara Amir Hamzah ismail dan seluruh ahli dan kepimpinan GPMS Cawangan Shah Alam yang sudi bersama kami, memberikan tunjuk ajar kepada kami.

Insya-Allah dengan kerjasama erat ini nanti, mampu melahirkan insan pejuang dari kalangan ahli GPMS Unisel Shah Alam.

Oleh itu, kami menyahut perjuangan GPMS berlandaskan SEDAR:

SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

SEDAR atas kemunduran kami di alam pengetahuan

SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa

SEDAR bahawa maju-mundur, kaya miskin dan hina-mulianya bangsa itu terletak di tangan kami.....

3 comments:

GPMS Shah Alam said...

Selamat berjuang kpd GPMS Unisel Shah Alam. Perjuangan GPMS merupakan satu perjuangan suci demi untuk melihat pelajar-pelajar Melayu mendapat hak yang sewajarnya.

buat YDP dan AJK GPMS Unisel Shah Alam, jadikan GPMS sebagai platform terbaik dalam perjuangan kalian.

Aminuddin Baki pernah berpesan, jangan sampai pelajar Melayu jadi seperti 'Itik di air mati kehausan, ayam di kepuk mati kelaparan'.

saracocohoney said...

Selamat maju jaya okay!

SaKa AdiWangsa said...

Salam, ayuh kunjungi blog gpms pahang!